Avast Antivirus |
secara peribadi sebagai pengguna, saya telah mengenali Avast 11 tahun yang lepas. pada masa tersebut nama antivirus yang popular ialah Norton Antivirus, Mccafee Antivirus, dan ada beberapa nama lain yang saya dah tak ingat dah 😃.
pada masa tu, saya gunakan Avast yang free untuk komputer saya, dan saya suka dengan cara Avast scanning komputer kalau ada masalah dengan virus. Avast akan scanning semasa komputer sedang booting, iaitu semasa komputer belum masuk mode Windows sepenuhnya. jadi, cara tu akan buang virus yang paling kebal sekali pun.
kemudian, ada satu virus yang memang hebat time tu, virus ni akan sebabkan komputer jadi slow, applikasi tak boleh buka, malah antivirus yang adalam komputer pun tak boleh diaktifkan.
virus jenis worm, dan merebak melalui networking dan disket atau pen-drive yang dah effected.
ada satu universiti di selatan Malaysia terpaksa re-format 2000 unit komputer mereka.
contoh brontok macam ni:
virus brontok |
bole baca selanjutnya: https://en.wikipedia.org/wiki/Brontok
sebagai seorang juruteknik komputer sebuah pusat pengajian tinggi swasta, ramai pengguna dan pesyarah mula report pasal virus brontok. saya sendiri terpaksa re-format beberapa unit komputer untuk baiki masalah ni. tapi proses re-format komputer adalah kerja yang leceh...nak kena backup data dan install balik semua applikasi...ambek masa yang panjang.
secara kebetulan, saya terjumpa satu perisian yang boleh buang brontok daripada drive C:\. sebab perisian percuma, virus dalam drive D:\ dan disket tak dapat dibuang. dengan menggunakan perisian percuma ni, drive C:\ berjaya dibersihkan, tetapi masih belum selamat, sebab brontok boleh aktif balik jika file dalam drive D:\ digunakan.
jadi, untuk drive D:\ dan lain-lain, saya gunakan antivirus free seperti AVG. ini antivirus yang saya download dan gunakan, tetapi AVG tak berjaya detect virus brontok. kemudian saya guna Avast, dan dengan kaedah scanning semasa komputer sedang restart, banyak file yang kena brontok berjaya dibuang.
ini menjimatkan masa dan tak perlu format semua komputer yang kena serang dengan brontok.
sekarang, saya gunakan Avast Internet Security untuk komputer peribadi saya, dan yang ini adalah berlesen. setakat sekarang, saya amat berpuas hati.
No comments:
Post a Comment